Persediaan Anak ke Sekolah. Penting!

Persediaan ke sekolah adalah perancangan ke hadapan sebelum anak memasuki peralihan ke sekolah. Persediaan adalah untuk memastikan anak dapat mengembangkan kemahiran untuk mengoptimumkan pembelajaran di sekolah.

S

ebelum ke sekolah, sepatutnya anak berupaya untuk memahami emosi, kawal tingkahlaku dan beri perhatian serta  melakukan aktiviti sesuai dengan tugasan dan persekitaran.
2. Boleh mengurus diri ketandas, boleh jaga barang milik diri dan memakai kasut
3. Boleh mendengar dan memahami arahan
4. Boleh bertutur dan berkomunikasi
5. Boleh bercakap menggunakan perkataan yang sesuai mengikut persekitaran
6. Mempunyai kemahiran untuk berfikir
7. Boleh memahami emosi diri sendiri dan orang lain
8. Pandai bertoleransi mengikut norma kehidupan kanak-kanak
9. Boleh duduk dalam keadaan posisi yang betul selama tempoh 30 minit waktu pembelajaran dan pengajaran

Jadi, apakah ciri-ciri anak yang mempunyai cabaran untuk kesekolah?
Biasanya, anak yang masih belum sesuai untuk ke sekolah atau tadika adalah apabila anak:
1. Tidak boleh bermain dengan orang atau tiada skil bermain atau skil bermain terbatas
2. Anak tidak menunjukkan minat untuk berinteraksi dengan rakan sebaya atau suka memencilkan diri
3. Nampak tidak berminat untuk menyelak buku atau duduk melakukan aktiviti
4. Tingkahlaku anak yang sukar difahami oleh orang dewasa
5. Cara anak berinteraksi tidak matang seperti usia kanak-kanak sebaya
6. Anak agak sukar untuk di ajar mengurus diri ke tandas
7. Anak bergantung kepada ibubapa 100% mengurus diri seperti pakai kasut dan pakai baju
8. Anak mudah ‘frust’ bila sesuatu keadaan diluar jangkaan anak. Nampak seperti senang tantrum
9. Anak agak lambat belajar jika diajar dengan kemahiran baru

Biasanya kanak-kanak yang mempunyai cabaran seperti yang disenaraikan di atas mempunyai pengalaman:
1. Pengasingan sosial daripada teman disekolah
2. Peralihan persekitaran dari rumah kesekolah menyebabkan keadaan anak enggan mengikuti arahan bilik darjah, keperluan akademi dan melakukan latihan akademi
3. Pemahaman anak terbatas terhadap sesuatu kemahiran dan menyukarkan untuk anak mengembangkan kemahiran mengikuti cara yang menyeronokkan dan akhirnya anak akan ‘frust’
4. Kemahiran anak yang terhad adalah halangan terbesar menyebabkan anak ketinggalan daripada target yang telah di tetapkan disekolah
5. Keyakinan diri anak semakin menurun dan kemungkinan untuk anak ‘refuse’ atau menolak ke sekolah
6. Keputusan akademi tidak memberangsangkan dan anak masih tidak boleh membaca walaupun telah lebih 6 bulan bersekolah
7. Bukan hanya anak yang tertekan dan bimbang kerana tidak mencapai target pembelajaran, biasanya guru dan ibubapa juga menghadapi tekanan yang sama

Bagaimana ibubapa boleh mula bantu anak?
Bawa anak dan berjumpa pediatric occupational therapy mengenalpasti kebimbangan anda sebagai ibubapa dan keadaan anak. Kelebihan Pediatric Occupational di Idzmir Kids Hub adalah, kami berkerjasama dengan Child Psychologist dan guru Pendidikan awal kanak-kanak. Hubungi IDZMIR KIDS HUB untuk bantu menjawab keprihatinan ibubapa terhadap anak. 

Ingin Bantu Perkembangan Anak?

Hubungi Kami SEKARANG!

Screenasdshot_2

© Copyright 2022 Idzmirkidshub - All Rights Reserved